Monday, May 12, 2014

Fever

Holla Assalamualaikum
Erm jom teruskan entry untuk harini


Demam ! Yaa , dari malam tadi badan miss panas dan lesu , tido awal dah then terjaga pukul 2 smpai ke pagi kau tk tido , sakit kepala punya pasal , macam nk tercabut , menangis sensorang kat bilik haha itu kelako. Ws ibu dgn harapan dia sedar tp tk jugak , menanggung la kau sorang2 haha ni pun gagahkan diri bgun , tk bole layan sgt sakit ni , miss demam pun sebab berjangkit aisha :( dia lagi kesian panas tk surut2 , risau pulak , kata doktor suspek denggi , ya Allah mntk dijauhkan la.

Malam tadi masa menangis sensorang tu kan miss teringatkan sesuatu , tu yg tahan sakit sambil ngis , nk tahu sebab apa , erm erm kalau korang baca menyirap je kan , dok cite pasal org yg sama sape lg kalau bukan ayie , blog miss , suka hati nk tulis pasal sape :P hmm yela teringat masa miss sakit dulu dia punya kelam kabut ya Allah miss yg sakit pun kena marah , care nya lahai dia kat miss masa tu , tu yg sebak malam tadi bila teringat peristiwa tu. Ni pun sebab demam rindu kot hee mengarut jee hmm Tk pe la, dah besar kan , pepandai la jaga diri tu sendiri.

Doakan miss dengan aishah sihat kayy ^_^

ADIOS AMIGOS!! xoxo...

Sunday, May 11, 2014

Hati

Assalamualaikum semua
Hmm nak buat luahan perasaan lagi ni



Ya Allah kenapa aku seakan2 tk dpt menerima tkdirmu :(

Perasaan ni asyik tk tenang je, rindu mungkin ? Hmm bila aku nk rasa penat ni , penat kejar bnda yg mmg aku tkkn dapat ? Kenapa kau tetap mcm ni dila? Ramai dah usaha nk happykan kau , jgn jadi bodoh, kau nk biar semua hilang ke ? Cukup la yg sorang sebelum ni dah tinggalkan kau hmm ayie , dia ade depan mata aku tp tak tinggalkan aku tapi hati dia dah jauh dari aku , come on laaa , wake up sedar diri tu sikit dilaa, dah2 la tu meraih pada yg tk sudi , kau tu perempuan , tk malu ke ? Kesalahan yg aku dah buat sebelum ni betul2 menjatuhkan aku , seronok sgt bila dia ada depan mata , bila bjauhan macam ni la aku rasa , macam org gila. Ape aku harus buat ? Aku cuma perlukan seseorang yg sentiasa ada dengan aku :'( aku cemburu melihat kebahagiaan mereka :( kenapa aku tk bole bersama dengannya lagi :(
Allah dah aturkan segalanya dan kau pun tahu bnda tu dila , kenapa degil sangat niii 😳 airmata mmg kawan baik aku , dulu dia marah bila aku ckp mcm tu sebab dia kata dia nk jadi org yg sentiasa dgn aku bila aku sedih dan jgn jadikan airmata tu sebagai kawan baik :'( ayie rindunya dengan semua kata2 awak :'( mcm mana aku nk hilangkan rasa sayang aku kat kau ni weyy :'( kenapa sekarang ? Kenapa tk lepas diploma nanti :'( kau tak rasa ke ape yg aku rasa ni :'( sakit sangat

menyesal nyaaaa 😣😣😣😣😣

Friday, May 09, 2014

Peace no War ✌

Hai Assalamualaikum
Hee dah beberapa hari tak blogging ni , bawak diri la katekan

Hmm ok sementara tunggu makcik spec besar ni kat klinik gigi kita bercerita dulu lahh..

Kita jadi pinky girl harini :*

Actually tk tahu nk cite ape dah , kesedihan semua dah tertanam  malas nak, life must go on even tk de la go on mana pun haha hmm try to make new life new book new story and new chapter :)

Yelahh sedih tu masihbade lagi tp pksa jugak untuk happy n senyum tk perlu kata apa2.. hee miss dah rapat pulak ngn aiman ni ehemm rapat je masing2 memalu lagi haha ok stop it aku ni makin kuat perasan dah ni , yela tu je yg bole buat aku rasa happy , lantak la org nk ckp apa haha tp suka kawan ngn aiman , dia sangat bnyk tahu tentang pengetahuan am , baru sekali lepak ngn dia haritu , memacam info dapat , lagi2 ape ea ? Pasal ayie ? Hmm perlu ke cerita lagi ? Asyik sodih je nnti , yela kami akan tetap kawan tp yg mcm mana ? Aku tk pasti :) aku ikhlas kawan ngn semua org but sometimes org ingt aku pergunakan dia , aku bukannya peramah sgt pun tk de keje nk pergunakan org , habis hilang semua kawan aku nnti kan :) 

Ada gak yg ngajak aku keluar masa kt PD wuhuu baru berapa kali mcg nk ajak keluar ? Bercakap pun jarang sekali mmg tak lah , aiman yg dah dekat 2 bulan mcg tu pun baru sekali lepak ngn dia haha kadang2 org2 ni kelako la , haihh kat pd tu mana pernah keluar ngn org lain selain ayie , aisha n ily ? Kalau nk lepak ngn org lain rasa nk angkut je bebudak 3 org ni, aku kalau dah rapat tk pndang dah org lain sbb tu bdk2 poli aku tk berapa kenal hehe bkn sombong kayy , keselesaan berkawan tu penting.

Erm nak cite ape lagi ea ? Tah tu je kot buat setakat ni , ok la bole la nk move on kot haha aiman tu kan kira take care jugak ouhh haha ok dah stop , bhaii viewers

ADIOS AMIGOS !! xoxo ^_^

Wednesday, May 07, 2014

Peringatan Buat Lelaki Peringatan Buat Perempuan

Kepada Engkau Yang Bernama Lelaki :

♥ Jangan menyentuh hati perempuan jika tak berniat untuk terus memegangnya
♥Jangan meluahkan perasaan pada perempuan jika tak berniat untuk menyimpan cintanya
♥Jangan cuba menyakiti hati perempuan kerana hati perempuan umpama kaca, sekali pecah boleh dicantumkan kembali tapi tetap akan menampakkan retaknya
♥Jangan bermain dengan perasaan perempuan kerana jiwa perempuan penuh dengan sifat keibuan, mudah tersentuh dan seterusnya air matanya senang mengalir
♥Jangan cuba untuk berjanji berpasangan dengan perempuan jika berniat untuk meninggalkannya
♥Jangan jatuh cinta pada perempuan kerana perempuan itu cantik dan menjadi rebutan lelaki, tetapi jatuh cintalah pada perempuan yang beraklak baik dan menjadi idaman para ibu untuk menjadi calon menantuDan lelaki...
♥Jangan mengatakan cinta, sayang dan berjanji setia dengan perempuan jika tidak berniat untuk mengahwininya Kerana...Jika anda melakukannya, anda sebenarnya adalah lelaki yang pengecut. Kerana anda hanya tahu mempermainkan kaum perempuan yang lemah. 

Dan pilihlah isteri yang boleh menemani anda di kala duka, tempat untuk bermanja, menjaga segala keperluan anda dan peneman hingga ke akhir waktu.

Kepada Engkau Yang Bernama Perempuan:

♥ Jangan mudah menyerahkan hati kepada lelaki yang tidak tahu menghargai hati anda, tetapi pinjamkanlah hati anda kepada lelaki yang benar-benar ingin menjaga hati anda
♥Jangan permainkan perasaan lelaki yang benar-benar mencintai anda kerana lelaki yang baik sukar dicari
♥Jangan mudah berjanji setia atau meluahkan kata sayang pada lelaki jika anda hanya ingin bersuka-ria
♥Jangan suka permainkan hati lelaki kerana kemungkinan lelaki itulah yang terbaik untuk anda
♥Jangan mudah membenarkan lelaki yang tidak sepatutnya bermain dengan perasaan anda dan jangan anda juga melakukan perkara yang sama pada lelaki
♥Jangan mudah berharap pada lelaki jika tidak ingin kecewaDan perempuan, ingatlah...
♥Jangan salah memilih lelaki sekiranya anda inginkan imam yang bersungguh-sungguh membimbing anda ke jalan yang benarKerana...Jika anda melakukannya, anda tentunya seorang perempuan yang murah yang mudah disentuh oleh mana-mana lelaki! Jadilah seperti permata yang mahal harganya, hanya mampu dimiliki orang yang layak, bukan seperti pasir di pantai, yang mampu dipijak dan dipegang oleh sesiapa sahaja. 

Terimalah cinta lelaki yang sememangnya ingin anda menjadi penemannya dan sanggup mengambil tanggungjawab dari keluarga anda untuk menjaga anda sehingga ke akhir hayat.

♥Kepada bakal imamku, ingatlah peringatan ini, dan aku juga akan sentiasa mengambil peringatan ini. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan-Nya dan semoga Allah mempertemukan jodoh kita. Aamiin.♥

Tuesday, May 06, 2014

Sedihhh

Bismillahirahmannirahim
Assalamualaikum :')

Hai , miss masih dalam mood sedih actually, hmm tp takkan nk meroyan macam haritu lagi , pasrah dengan ketentuan yang dah ditakdirkan untuk aku. Cakap senang babe , otak cakap kau kuat tapi hati ckp tk pun sbb hati sakit mcm kena cucuk2 :(

Allah balas apa yang aku dah buat kat orang :( macam agaknya syahmi and amirul rasa bila aku ada org lain dulu :( jahatnya kau dila :'( meratap nasib je la kau kan sekarang ni , dah tk de org nk kat kau dah , yg ade sekarang semua hnya sementara je tu , komfem tkkn ade yg sangkut , baik aiman , boy, yen hmm tah laa , makin kuat melayan aku ni , semua sebab nk hilangkan rasa sakit tu , kejam nya aku :'(


Sekarang ni kan , aku tk tahu kenapa aku tk rasa nk give up lagi even aku dah tknk kacau ayie sebab dgn amirul dulu pun aku cuba pertahankan sampai satu masa aku penat aku akan berhenti even masa tu aku dah nmpk depan mata mirul tu dh tknk kt aku hmm benda yg sama la sekarang , sakit memang sakit weyy tp tah la , biar la sakit sekarang , dah penat , dah tawar hati nnti aku berhenti la.

Yes mmg lepas ni aku akan lebih berhati2 , serik sangat dah kena macam ni , kalau bole lepas ni nak cari yg betul2 punya , sebelum ni semua yg dtg sayang gila babi kat aku tp aku tk pernah hargai , mungkin kau tk layak nk bercinta lagi dila , fikir tu je , kau tk cukup matang lagi untuk menghargai cinta , berhenti lah buat sementara ni , kalau bole tknk terikat ngn sesiapa sampai habis diploma , matlamat baru aku , kalau dapat buat la .

Hmm tah sekarang ni tenga sayang gila babi lagi kt ayie , bukan senang nk sayang seseorang tu mcm petik jari je , main tukar2 , selagi aku tk declair dgn sesiapa maknanya aku masih sayang ayie , tu je. Nah benda ni buat pengajaran , abah dah bnyk kali pesan kan. Malam tadi baru tahu yg ayie ade couple lain masa dia couple dgn aku dulu, tersentap jugak lah tapi benda dah lepas. Takguna dah kan

Hmm ayie lepas ni jaga la mai tu baik2 ea , sy pun tk rasa sy baik untuk awak, mai tu dah cukup perfect sy rasa buat awak kan :) jaga hati dia ya , jgn la buat lagi perangai lama awak tu , setia kayy ? Sampai hujung nyawa , in shaa Allah :) sakit tp saya doakan awak happy :)


Hmm tabah la dila , pujuk la diri kau sendiri selagi boleh, tk de orang boleh ubah kau melainkan diri kau sendiri.

Adios Amigos!! Xoxo...

Monday, May 05, 2014

Everything Is Over

Hai geng
Aku dah tk tahan, aku dah tak kuat 
Finally, Mai terima dia, I'm happy for him :')
Dila penipu ! Kau tak happy , aku tk kuat Ya Allah , dugaan ape lagi ni ya Allah , susahnya aku nak cari kebahagiaan aku sendiri :( kenapa aku ke a rasa benda ni :( Mungkin dulu aku dah pernah sakitkan hati Syahmi dan Amirul dan sekarang aku kena balik , ya Allah , sungguh hebat balasan mu ya Allah , hinanya aku :'( kau balas setimpal dgn ape yg akh dah buat kat orang :'(
Sakitnya ya Allah :( tolongla aku ya Allah , aku tak bole terus macam ni :( 

For Ayie , thanks sebab pernah hadir dalam hidup saya , thanks sebab dah pernah buat sy ketawa , thanks sebab dah selalu bawak sy jalan2 , thanks sebab sabar dgn kerenah sy , sy tk mmpu nk balas segala jasa awak , its time for me to move on , kan ? Dah tk de apa yg sy bole harapkan dari awak , semuanya dah tamat smpai sini , terima kasih awak , sy tk tahu mcm mana nk berdepan dgn awak lepas ni , jauh di sudut hati sy tknk jauhkan diri dari awak tp kalau sy dekat dgn awak buat hati sy makin sakit , sumpah sy tk bole tgk org yg sy sayang bersama orang lain , sy tk pernah salahkan awak tau , ini dah memang takdir kita kan :) doakan sy kuat ya awak.

Awak saya sayang awak sangat2 tau , awak jgn lupa tu, lepas ni kita dah tk bole mcm dulu, awak jgn lupa saya ya ayie , kalau ada apa2 cari la sy , in shaa Allah sy ada untk awak :) jodoh sy bukan dgn awak , terima kasih sekali lagi ye :')

I LOVE YOU PAPA



ADIOS AMIGOS !! Xoxo

Saturday, May 03, 2014

Last But NOT Least

Hati tengah sebak ni , almaklumlah baru lepas tengok hindustan *kesat airmata*
Hai Assalamualaikum :) mana bole lupakan

Hmm nk cerita pendek je malam ni , ok pendek tk pendek la kan , kita tgk berapa pnjg pendek dia tu
Allahu sedih hati ni tk habis lagi , lagi2 tgk cite tadi hmm just wanna say n share something about my Boy.

hmm kenapa aku suka dia ? kenapa aku boleh jatuh hati kat dia ? dia tu baik ke ? blablabla bnyk sgt soklan yg nk dijawab, So aku harap ape yg aku cakap ni akan terjawab tulus dari hati :')


Hmm Mohamad Asri atau Ayie , org yg aku baru kenal sejak 10 bulan yg lepas , cepatkan masa berlalu , hampir setahun perkenalan kita, cepat sgt masa berlalu. Aku suka berkawan dengan dia sebab dia seorang yg hyper , funny n kelakar bila dalam kelas even masa tu kteorg baru sgt lagi kenal tp dia mcm dah lama kenal kteorg , aku selesa dengan perwatakan dia. Tak terlalu annoying tp ok laa. Hmm mcm mana aku bole jatuh hati kt dia ? biasa la , if dah ade org care pasal kita , cntct kita setiap masa , sape yg tk jatuh hati kan ? semua bnda tu dia buat kat aku , thats y sikit demi sikit aku jatuh hati dgn dia. Dia baik even dia sendiri mengaku dia tk baik mana tp cara layanan dia pada aku pada perempuan lain tk buat kitorang rasa menjengkelkan . hmm aku terlalu memuji dia ke ? rasanya ini hnya pendapat aku tentang siapa ayie. dia seorang yg panas baran tp dia susah sgt nk mengaku even kadang2 bnda tu jelas depan mata haha bila dia marah nmpk lagi kehenseman n care dia sebab dia tkkn marah tnpa sebab. sebab tu aku mula sayang kan dia.

tapi semua tu hnya yg tersurat , semua org bole nmpk tp yg tersiratnya  aku sendiri yg keliru dgn perasaan aku smpai satu masa aku hilang org yg aku sayang. malam ni mungkin jadi malam terakhir kami bergurau senda , esok atau lusa , ayie mesti dah jadi kepunyaan org , ya org akan kata , selagi dia tk kawin dia bukan hak sesiapa , tk semua org berfikiran mcm tu kan :) pada aku andai dia dah couple dgn pilihan hati dia , aku wajib undur diri, aku kena biasakan diri hidup tnpa mengganggu dia lagi, sedih sgt tp apa aku bole buat, dia dah tk nmpk aku sesiapa dimata dia , aku tknk jadi pilihan yg kedua , kawan aku sendiri kata , kalau aku jadi kau pun aku tk tahu mcm mana nk teruskan life n anggap dia sebagai kawan biasa, how come ? kteorg lebih bnyk habiskan masa seperti lebih dari seorang kawan, hmm lepas ni jadi org asing la kteorg, aku tk bole :( aku tk bole buat mcm biasa sbb tu buat hati aku sendiri yg sakit , aku kena move on , sakit dia sama mcm mana sakit aku menangis kerana Amirul :( aku kena let go ayie mcm mana aku lepaskan amirul :( diorang dah ade life diorang , kenapa aku nk kacau lagi , kau mmg tk de life kan dila :( sbb aku dah sia2kan life aku sebelum ni hmm 


Ya Allah , berilah kekuatan kepadaku ya Allah , berilah kebahagiaan yang hakiki ya Allah, sesungguhnya jika tiada kebahagiaan buat diriku maka tiadalah kejayaan untuk aku ya Allah :( Bantulah hambamu yang lemah ini ya Allah :'(