Kepada Engkau Yang Bernama Lelaki :
♥ Jangan menyentuh hati perempuan jika tak berniat untuk terus memegangnya
♥Jangan meluahkan perasaan pada perempuan jika tak berniat untuk menyimpan cintanya
♥Jangan cuba menyakiti hati perempuan kerana hati perempuan umpama kaca, sekali pecah boleh dicantumkan kembali tapi tetap akan menampakkan retaknya
♥Jangan bermain dengan perasaan perempuan kerana jiwa perempuan penuh dengan sifat keibuan, mudah tersentuh dan seterusnya air matanya senang mengalir
♥Jangan cuba untuk berjanji berpasangan dengan perempuan jika berniat untuk meninggalkannya
♥Jangan jatuh cinta pada perempuan kerana perempuan itu cantik dan menjadi rebutan lelaki, tetapi jatuh cintalah pada perempuan yang beraklak baik dan menjadi idaman para ibu untuk menjadi calon menantuDan lelaki...
♥Jangan mengatakan cinta, sayang dan berjanji setia dengan perempuan jika tidak berniat untuk mengahwininya Kerana...Jika anda melakukannya, anda sebenarnya adalah lelaki yang pengecut. Kerana anda hanya tahu mempermainkan kaum perempuan yang lemah.
Dan pilihlah isteri yang boleh menemani anda di kala duka, tempat untuk bermanja, menjaga segala keperluan anda dan peneman hingga ke akhir waktu.
Kepada Engkau Yang Bernama Perempuan:
♥ Jangan mudah menyerahkan hati kepada lelaki yang tidak tahu menghargai hati anda, tetapi pinjamkanlah hati anda kepada lelaki yang benar-benar ingin menjaga hati anda
♥Jangan permainkan perasaan lelaki yang benar-benar mencintai anda kerana lelaki yang baik sukar dicari
♥Jangan mudah berjanji setia atau meluahkan kata sayang pada lelaki jika anda hanya ingin bersuka-ria
♥Jangan suka permainkan hati lelaki kerana kemungkinan lelaki itulah yang terbaik untuk anda
♥Jangan mudah membenarkan lelaki yang tidak sepatutnya bermain dengan perasaan anda dan jangan anda juga melakukan perkara yang sama pada lelaki
♥Jangan mudah berharap pada lelaki jika tidak ingin kecewaDan perempuan, ingatlah...
♥Jangan salah memilih lelaki sekiranya anda inginkan imam yang bersungguh-sungguh membimbing anda ke jalan yang benarKerana...Jika anda melakukannya, anda tentunya seorang perempuan yang murah yang mudah disentuh oleh mana-mana lelaki! Jadilah seperti permata yang mahal harganya, hanya mampu dimiliki orang yang layak, bukan seperti pasir di pantai, yang mampu dipijak dan dipegang oleh sesiapa sahaja.
Terimalah cinta lelaki yang sememangnya ingin anda menjadi penemannya dan sanggup mengambil tanggungjawab dari keluarga anda untuk menjaga anda sehingga ke akhir hayat.
♥Kepada bakal imamku, ingatlah peringatan ini, dan aku juga akan sentiasa mengambil peringatan ini. Semoga kita sentiasa berada dalam lindungan-Nya dan semoga Allah mempertemukan jodoh kita. Aamiin.♥
1 comment:
Good.
Post a Comment